Tips Asas dan Advance Cara Bawa Motor Dengan Klac Tangan

Mengidam untuk dapatkan super-kapchai 150cc Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R dengan enjin 150cc DOHC, tapi anda tak tahu cara bawa motor ber-klac?

Tak usah bimbang, bawa motor berklac manual ni sebenarnya cukup mudah dan terasa pengendalian lebih mudah berbanding motor berklac automatik jika sudah dapat membiasakan diri. Mungkin ada yang sudah pernah bawa motor klac tapi terasa leceh; tangan asyik nak kena pegang klac atau penukaran gear selalu tidak lancar, jangan risau, ada tip-tip advance yang anda boleh belajar di penghujung artikel ini.

Tapi sebelum bercerita bab-bab advance, kita back to the basic dulu. Lagipun itu sebab utama anda klik link artikel ini, bukan? Ok, kita teruskan dengan langkah-langkah berikut.

UPSHIFT / GEAR NAIK

Imej kredit Google

1. Permulaan/Gear 1 (dengan anggapan gear sudah dalam keadaan Neutral)

Start enjin, tarik dan tahan tuil klac dan seterusnya tekan tuil gear ke bawah. (Kebanyakan transmisi manual gunakan paten Gear 1 ke bawah, Gear 2 dan seterusnya ke atas)

Imej kredit Google

2.  Lepaskan tuil klac dan sambil itu pulas pendikit secara perlahan-lahan.

Ini bahagian yang paling susah untuk mereka yang baru belajar (termasuk bagi yang pernah guna klac manual, tapi upgrade ke motor berkuasa lebih besar). Enjin akan mati secara tiba-tiba jika

a) lepas tuil klac terlalu awal

b) pendikit tidak dipuas secukupnya seiring dengan pelepasan tuil klac

Tips di sini ialah untuk anggarkan RPM yang cukup untuk motorsikal bergerak. Bagi motorsikal 150cc 4 lejang, kelajuan enjin ideal untuk motor mula bergerak adalah sekitar 2-3k RPM jadi pulas pendikit (jangan sentap, pulas perlahan-lahan) hingga menghampiri 2K RPM dan barulah mula lepaskan tuil klac.

Imej kredit Google

3. Gear 2 dan seterusnya

Kebiasannya untuk gear 2 dan ke atas, boleh tukar gear seawal 3-4K RPM untuk kelajuan perlahan atau 6-7K RPM bila mana nak memecut laju. Tarik klac dan lepaskan pendikit, sungkit tuil gear dengan hujung kaki hingga terasa klik yang sederhana kuat (kalau tak sungkit habis akan balik kepada Neutral pula, tak pasal-pasal enjin meraung)

Imej kredit Google

4. Lepaskan klac dengan lebih pantas sambil pendikit dipulas secara sederhana

Untuk gear ke 2 dan seterusnya, pengawalan pendikit tak perlu teliti sangat seperti gear 1 tadi. Teruskan pecutan seperti biasa. Di samping itu, bergantung kepada tetapan klac anda, sebenarnya tidak perlu tarik tuas klac rapat ke hendal setiap masa. Cuba longgarkan sedikit genggaman setiap kali menarik klac dan praktis untuk dapatkan pemasaan pelepasan klac yang lebih pantas.

Bagaimana untuk turunkan gear pula? Teruskan membaca.


[Ad] Nak motor BERKILAT selalu? Klik sini! 


DOWNSHIFT / GEAR TURUN
Imej kredit Google

1. Sama seperti naik gear, bezanya turun gear semasa kelajuan motorsikal dan enjin menurun. 

Masa ideal untuk turunkan gear adalah apabila RPM lebih rendah daripada puncak kuasa, sekitar 5 ke 6K RPM atau lebih bawah. Lepaskan pendikit dan tarik klac, tekan tuil gear sehingga terasa klik sederhana kuat.

Imej kredit Google

2. Bezanya dengan naik gear tadi, untuk turun gear seeloknya pulas pendikit perlahan-lahan sambil klac dilepaskan. Ini untuk mengelakkan motorsikal tersentak kerana anda sekarang berada pada gear lebih rendah yang mempunyai daya kilas (torque) yang lebih tinggi. Tak pasal-pasal wheelie pula nanti.

Imej kredit Google

3. Dapatkan Neutral

Antara masalah yang popular dan agak sukar juga bagi penunggang baru, terutama semasa berhenti parking. Terkial-kial kaki main tuil gear, betul tak?

Ada dua cara untuk dapatkan neutral dengan mudah

a)Motor berhenti

Tarik klac dan tekan tuil gear hingga tidak boleh ditekan lagi, kemudian sungkit tuil gear dengan perlahan hingga anda rasa seperti ada klik lembut pada gearbox.

b)Motor berjalan

Lakukan semasa kelajuan motorsikal hampir berhenti, iaitu sekitar 2-3K RPM ke bawah. Tarik klac dan tekan tuil gear hingga anda rasa klik yang lembut (berbanding klik gear teratas hingga gear kedua terasa lebih keras). Untuk motorsikal yang mempunyai paparan gear, ini lebih mudah dilakukan.

*Tips tambahan – Jika motorsikal tiba-tiba mati tengah jalan, tak perlu kelam kabut untuk neutralkan gear. Cuma tarik klac dan hidupkan enjin semula dan teruskan perjalanan seperti biasa.


[Ad] Nak motor BERKILAT selalu? Klik sini! 



TEKNIK ADVANCE

Bukan setakat untuk tujuan perlumbaan, teknik-teknik ini turut boleh digunakan untuk tunggangan harian, sama ada untuk tujuan praktikal atau berseronok sahaja.

Memandangkan artikel ini difokuskan pada pengguna dan bakal pengguna Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R, ligatan (rpm) yang dinyatakan telah disesuaikan untuk motorsikal-motorsikal tersebut atau sepadan dengannya.

1. Clutch-less Upshift/Downshift

Imej kredit Google

Bagi yang masih tidak jelas, ini adalah teknik untuk menukar gear tanpa menggunakan klac tangan. Ada yang kata teknik ini menjadikan penukaran gear anda lebih pantas tetapi selalunya penukaran gear tanpa klac ini praktikal digunakan jika tuil klac anda patah atau tangan kiri anda sedang memegang rokok (atau benda lain…ehem ehem)

Triknya adalah dengan menukar gear pada masa atau kelajuan enjin yang TEPAT. Cukup mudah untuk dilakukan semasa naik gear manakala agak sukar dilakukan semasa turun gear.

Naik Gear : Lepaskan pendikit dan sungkit tuil gear semasa kelajuan enjin berada pada lingkungan 6K-7K RPM. Terus pulas pendikit sejurus gear engaged.

Turun Gear : Lepaskan pendikit dan sungkit tuil gear semasa kelajuan enjin berada pada lingkungan 4K-5K RPM. Pulas pendikit secara sederhana sejurus gear engaged untuk mengurangkan sentakan.

Antara keburukan utama teknik ini ialah boleh mengakibatkan kerosakan pada kotak gear jika tidak dilakukan dengan betul atau terlalu kerap. Sebolehnya gunakan tuil klac dan simpan teknik ini jika keadaan benar-benar memerlukan.

2. Throttle blipping / Rev Matching

Imej kredit Google

Throttle blipping atau rev matching di sini merujuk kepada kawalan pendikit semasa penukaran gear, terutamanya semasa menurunkan gear ketika menghampiri selekoh untuk mengurangkan brek enjin dan sentakan pada suspensi supaya selekoh dapat diambil dengan lebih lancar.

Semasa menghampiri selekoh, anda perlu menurunkan kepada gear yang sesuai bagi mendapatkan pecutan maksimum semasa keluar dan gear ini perlu dipilih sebelum memasuki selekoh. Ini bermakna anda perlu membrek bagi mencapai kelajuan yang selamat dan menukar gear sebelum memasuki selekoh, seterusnya menukar kepada gear lebih rendah untuk dapatkan ligatan enjin tinggi supaya dapat memecut keluar selekoh dengan lebih cepat.

Bagaimana pun jika anda menggunakan teknik penukaran gear biasa di mana tuil klac dilepaskan begitu sahaja, tiga perkara akan berlaku:

  • brek enjin yang kuat
  • roda belakang terkunci
  • pembahagian berat teralih ke hadapan

Ketiga-tiga situasi ini disebabkan perubahan mendadak pada ligatan enjin yang mana bakal menyebabkan kestabilan tunggangan anda terganggu, sangat berbahaya ketika mengambil selekoh. Melainkan kotak gear motorsikal anda telah dilengkapi dengan klac gelincir (slipper clutch) penyelesaiannya adalah dengan menggunakan teknik rev matching (padanan ligatan).

Bagaimana untuk rev matching semasa menurunkan gear

Rev matching digunakan supaya kelajuan ligatan enjin disesuaikan dengan kelajuan jalan selepas penukaran gear rendah dilakukan. Rajah di bawah menggunakan contoh rev matching pada kereta, namun tetap boleh diguna pakai pada motorsikal

1. Sebagai contoh, anda memecut pada garis lurus menggunakan gear ketiga sebelum menghampiri selekoh.

Segitiga biru mewakili kelajuan ligatan enjin manakala segitiga hijau mewakili kelajuan jalan. Dalam situasi ini, kedua-dua ligatan enjin dan kelajuan jalan adalah selari.

Pecutan di garis lurus pada gear ketiga

2. Saat menghampiri selekoh, anda membrek untuk mencapai kelajuan jalan yang selamat, dalam masa sama ligatan enjin turut menurun lantas membenarkan penukaran kepada gear kedua turut boleh dilakukan.

Brek sebelum menghampiri selekoh

3. Sebelum memasuki selekoh, tarik tuil klac untuk bersedia menurunkan gear. Dalam situasi ini,kelajuan ligatan enjin turut menurun mendadak dan tidak selari lagi dengan kelajuan jalan.

Tarik klac dan bersedia untuk menukar gear

4. Pilih gear kedua, dalam masa sama pulas sedikit (blip) terotel untuk tingkatkan ligatan enjin sementara tuil klac masih lagi belum dilepaskan supaya ligatan pada gear kedua akan selari dengan kelajuan jalan.

Masukkan gear kedua dan pulas pendikit untuk selarikan kelajuan ligatan

5. Lepaskan klac seperti biasa. Jika anda berjaya selarikan ligatan enjin dengan kelajuan jalan, anda akan terasa tiada sentakan kuat seperti sebelumnya.

Penukaran kepada gear kedua selesai dengan kelajuan ligatan enjin diselarikan dengan kelajuan jalan

Itu sahaja. Sememangnya diakui sukar untuk melakukan teknik ini dengan sekali percubaan namun dengan praktis ia akan terasa lebih mudah dilakukan.

Cuma kekurangannya disebabkan aksi ‘blip‘ terotel tadi mungkin ada yang beranggapan anda berniat untuk menayang bunyi ekzos anda, lebih-lebih lagi jika sudah menukar kepada ekzos aftermarket yang lebih lantang. Jadi gunakan teknik ini sewajarnya mengikut kesesuaian situasi tunggangan, ok?

BACA >> Tiga Teknik Utama Untuk Ambil ‘Corner’ Seperti Pro! 


*Rujukan rev matching dan gambar rajah: Driving Fast


[Ad] Nak motor BERKILAT selalu? Klik sini! 


 

One thought on “Tips Asas dan Advance Cara Bawa Motor Dengan Klac Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: