Kenapa Mat Motor Pakai Jaket Terbalik? Inilah 10 Alasan Mereka!

PAKAI jaket terbalik memang sudah jadi perkara biasa dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Ia seakan sudah menjadi satu keunikan budaya atau trend yang tidak anda temui di negara lain. Tidak diketahui siapakah yang mencetuskan trend memakai jaket terbalik, tetapi dipercayai dimulakan pekerja-pekerja penghantaran (juga dipanggil mat despatch atau peon).

Ini kerana jaket memainkan peranan penting sebagai pakaian utama dalam melicinkan tugasan penghantaran mereka. Jaket boleh berfungsi sebagai baju sejuk pada awal pagi, baju hujan jika gerimis atau hujan mengejut dan pelindung tangan daripada panahan terik matahari. Mungkin disebabkan semua situasi itulah yang menyebabkan tercetusnya trend memakai jaket terbalik di Malaysia. Mat despatch atau peon perlu berjaket dengan pantas dan efisien!

Kini, ia boleh dikatakan sudah menjadi trend bagi semua penunggang motosikal negara ini. Selain mereka yang memang bekerja sebagai despatch atau peon, apa pula alasan penunggang kita memakai jaket terbalik?

>>>KLIK SINI UNTUK BACA SELANJUTNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: